Tunaikan Haji Dengan Visa Mujamalah – Jalan Pintas ke Tanah Suci

Visa Mujamalah adalah visa yang disediakan oleh kerajaan Arab Saudi kepada individu terpilih melalui hubungan diplomatik atau negara tertentu yang tidak mempunyai badan pengurusan haji rasmi kerajaan seperti Tabung Haji(Malaysia) dan Kemenhaj(indonesia). Ia membolehkan anda menunaikan haji tanpa perlu menunggu giliran yang boleh mengambil masa puluhan hingga ratusan tahun.

Daftar sekarang dan naik haji tahun ni!

Apa Itu Visa Haji Mujamalah?


Visa Mujamalah:

  • Dikeluarkan oleh Kerajaan Arab Saudi
  • Bukan melalui sistem kuota Tabung Haji
  • Sah & disahkan terus oleh sistem rasmi hajj.nusuk.sa Arab Saudi
  • Disokong oleh pakej perkhidmatan dan ketulenan visa boleh disemak di laman sesawang rasmi kerajaan Arab Saudi

Jaminan Keselamatan Wang & Ketulenan Visa


  • Visa dijamin sah dan sahih, dikeluarkan oleh pihak berautoriti.
  • Sekiranya visa tidak dikeluarkan sebelum musim haji, semua wang akan dikembalikan sepenuhnya.
  • Tiada sebarang transaksi terus ke individu – semua urusan adalah telus dan dilindungi secara perundangan.

Kenapa Perlu Memilih Pakej Haji Visa Mujamalah?


  • Tidak perlu menunggu kuota Tabung Haji
  • Urusan cepat, bimbingan penuh ibadah
  • Dihantar dengan visa sah, melalui prosedur rasmi
  • Peluang eksklusif untuk mereka yang bersedia secara mental dan fizikal

Daftar sekarang!

Dengan deposit serendah RM 2000 sahaja untuk lock kuota untuk menunaikan haji pada tahun ini!

PAKEJ HAJI VISA MUJAMALAH 1447H/2026M

Pakej Standard

Harga Malaysia

RM 77,000

Harga Indonesia

RM 77,000

Durasi Perjalanan

18 ke 22 hari

Hotel Mekah

Dar Al Shuroq

Halfboard

Khemah Masyair

Khemah Muaisim Fullboard

Hotel Madinah

As’Saafa Hotel

Halfboard

Bilangan Pax

Quad

Pengangkutan

Flight Komersial Ekonomi, Bas

Takaful

Takaful Standard Nusuk Hajj

Bimbingan

Mutawwif berpengalaman + kursus haji bersiri

Kelengkapan

Tiada bagasi, ihram, telekung disediakan

Hotel Mekah

Dar Al Shuroq

Hotel Dar Al Shuroq, yang terletak di kawasan Al-Misfalah, mempunyai lokasi yang sangat strategik iaitu hanya sekitar 7 minit menaiki kenderaan ke Masjidil Haram. Hotel ini juga dikelilingi pelbagai pasar dan kedai yang boleh dikunjungi dengan sekitar 5 minit berjalan kaki. Hotel ini menyediakan kemudahan yang selesa, termasuk restoran yang istimewa serta lobi yang luas, menjadikannya pilihan yang sangat baik bagi tetamu yang mengutamakan keselesaan sepanjang penginapan.

Hotel Madinah

As’Saafa Hotel

Hotel As’saafa terletak di lokasi yang sangat strategik di Madinah, hanya sekitar 500 meter dari Masjid Nabawi. Hotel ini menawarkan penginapan yang berhawa dingin, kemudahan restoran, serta Wi-Fi percuma untuk para tetamu. Bilik dan suite dilengkapi dengan TV skrin rata, manakala suite turut menyediakan ruang tamu untuk keselesaan tambahan. Lapangan Terbang Antarabangsa Prince Mohammad bin Abdulaziz pula terletak kira-kira 24 minit perjalanan dari hotel.

Ikuti perjalanan aqil, ejak, fahry, nizar & fillix melaksanakan haji dengan visamujamalah.com

Loading...
View on Instagram
 
Loading...
View on Instagram
 
Loading...
View on Instagram
 
Loading...
View on Instagram
 
Loading...
View on Instagram
 
Loading...
View on Instagram
 
Loading...
View on Instagram
 
Loading...
View on Instagram
 

Dari Latar B2B ke Khidmat Ummah – Perjalanan Mujamalah International

Mujamalah International Sdn Bhd (No. Pendaftaran: 1628410-P) merupakan sebuah syarikat berdaftar di Malaysia yang sebelum ini hanya fokus kepada perkhidmatan B2B (Business to Business). Kami pernah berkhidmat secara senyap dan tertutup dalam membantu agensi-agensi terpilih menguruskan urusan visa dan logistik haji melalui platform eksklusif serta hubungan diplomatik.

Namun, dalam beberapa tahun terakhir ini, kami mula menyaksikan satu gelombang sedih dan memilukan.

Kami melihat dengan mata kepala sendiri bagaimana ramai bakal jemaah yang ditipu, dibohongi, dan diperdaya oleh sindiket palsu. Mereka yang telah menjual emas, menggadai tanah, malah berhutang semata-mata untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci, akhirnya hanya dapat menangis di lapangan terbang — tidak dibenarkan berlepas kerana visa palsu.

Sebahagiannya lebih tragik: tertahan di Jeddah, tidak dapat masuk ke Mekah, dipindahkan ke hospital, dan ada juga yang meninggal dunia dalam keadaan tiada bimbingan ibadah, tanpa pengurusan sewajarnya.

Air mata itu menjadi titik perubahan.

Titik Perubahan: Dari Tertutup ke Terbuka

Kami sedar, jika kami terus kekal dalam model B2B yang tertutup, hanya segelintir agensi sahaja akan mendapat akses kepada laluan sah ini. Maka, selepas banyak perbincangan, istikharah dan pertimbangan syarie, kami membuat keputusan besar:

Mujamalah International kini membuka laluan kepada individu awam (B2C) melalui platform kami yang sah dan rasmi – visamujamalah.com


Inilah misi baharu kami:

Membuka jalan kepada seramai mungkin umat Islam yang berhajat untuk menunaikan haji – melalui laluan Visa Mujamalah yang sah, berlesen dan dipantau.

Apa Itu Visa Mujamalah?

Visa Mujamalah adalah visa disediakan oleh kerajaan Arab Saudi kepada individu terpilih melalui hubungan diplomatik atau negara tertentu yang tidak mempunyai badan pengurusan haji rasmi kerajaan seperti Tabung Haji(Malaysia) dan Kemenhaj(indonesia). Ia bukan visa biasa. Ia visa khusus untuk jualan pasaran untuk negara tertentu sahaja. Tetapi ia wujud, sah dan boleh diuruskan secara betul.

Namun, laluan ini memerlukan pengalaman, hubungan sah dengan agensi berlesen Arab Saudi, keupayaan untuk membeli pakej haji melalui sistem rasmi (seperti Nusuk) serta kawalan penuh dari segi kewangan, dokumentasi dan pematuhan peraturan imigresen Arab Saudi.

Kenapa Kami Tubuhkan visamujamalah.com?

Kerana Harapan Jemaah Tidak Sepatutnya Dimusnahkan

  • Kami tidak sanggup lagi melihat para bakal jemaah tertipu.
  • Mereka datang dengan harapan, pulang dengan kesedihan.
  • Kami ingin pulihkan kembali maruah dan kepercayaan terhadap laluan haji bukan kuota Tabung Haji.


Kerana Kami Ada Akses Sah & Berdaftar

  • Kami memiliki saluran yang sah, berurusan secara langsung dengan agensi berlesen di Arab Saudi.
  • Kami juga berpengalaman dalam urusan visa dan sistem pembelian pakej melalui Nusuk.


Kerana Tidak Ramai Berani Tampil Secara Terbuka

  • Ramai tahu jalan ini wujud, tetapi beroperasi secara senyap dan "bawah tanah".
  • Kami mahu tampil secara telus, bertanggungjawab dan berdaftar, dengan kontrak bertulis dan pemegang amanah.


Apa Yang Kami Tawarkan?

Melalui visamujamalah.com, kami menawarkan satu laluan yang profesional dan terurus untuk bakal jemaah yang mahu menunaikan haji tanpa perlu menunggu giliran bertahun-tahun.

Antara perkhidmatan kami termasuk:

  • Pendaftaran awal secara online
  • Saringan kelayakan visa dan dokumen
  • Konsultasi peribadi & bantuan dokumen
  • Pengurusan visa melalui saluran sah
  • Pemilihan dan pembelian pakej melalui Nusuk
  • Pemantauan proses sehingga penerbangan
  • Bantuan semasa berada di Tanah Suci


Kami juga menyediakan kontrak bertulis, jaminan pemulangan wang (jika visa gagal dikeluarkan), dan sistem dokumentasi yang jelas agar setiap pembeli tahu hak mereka.

Apa Yang Membezakan Kami?

Berdaftar & Sah

Kami adalah syarikat berdaftar di Malaysia, mempunyai nombor pendaftaran yang sah, dan beroperasi secara telus.

Ada Track Record Dalam Industri

Meskipun baru beroperasi secara B2C, kami sudah lama menguruskan kes B2B dan bekerjasama dengan agensi haji antarabangsa.

Tiada Janji Palsu

Kami tidak menjanjikan visa 100% lulus — tetapi kami menjanjikan proses yang sah, bimbingan penuh, dan pemulangan wang jika gagal.

Fokus Ibadah & Keselamatan Jemaah

Bukan sekadar visa. Kami pastikan jemaah sampai ke Tanah Suci dengan selamat, beribadah dengan tenang dan pulang dengan gembira.

Mengapa Ramai Masih Takut Laluan Ini?

Kerana Banyak Scam

Kerana Proses Tak Jelas

Kerana Tiada Jaminan Bertulis

Kerana Duit Hangus Jika Visa Tak Lulus

Kami memahami semua ketakutan ini. Sebab itu kami tampil secara rasmi, menyediakan kontrak, penerangan telus, dan bekerjasama dengan pihak guaman dalam pengurusan wang dan dokumen.

Kisah-Kisah Yang Menginsafkan

Seorang jemaah wanita dari Johor telah membayar lebih RM70,000 kepada seorang 'agen haji' pada tahun 2023. Beliau sudah bersedia, sudah membeli kain ihram, belajar manasik dan membuat kenduri selamat. Malangnya, visa tidak pernah dikeluarkan. Bila diminta pemulangan wang, agen hilang entah ke mana.

Seorang warga emas berusia 64 tahun sanggup menjual tanah pusaka keluarga untuk menunaikan haji melalui saluran tidak sah. Beliau akhirnya terkandas di hotel di Jeddah dan disekat masuk ke Makkah.
Seorang lelaki muda pula terpedaya dengan tawaran ‘pakej VIP’ yang kononnya sah dari Arab Saudi. Visa palsu diberikan, dan beliau ditahan di lapangan terbang sebelum dihantar pulang ke Malaysia.

Berapa ramai lagi perlu menjadi mangsa sebelum perubahan dilakukan?

Misi Kami: Mengembalikan Maruah Perjalanan Suci

Kami tidak mampu mengubah seluruh sistem. Tapi kami mampu menyediakan satu laluan kecil yang bersih, sah dan telus — sebagai alternatif buat umat Islam yang benar-benar berhajat menunaikan haji melalui Visa Mujamalah.

Kami percaya, setiap jemputan ke Baitullah adalah dengan izin Allah. Dan kami mahu menjadi wasilah yang bersih untuk merealisasikan jemputan itu.

Seruan Kami

Kepada anda yang sedang membaca halaman ini:

📌 Jika anda benar-benar mahu menunaikan haji dalam masa terdekat,

📌 Jika anda sudah lama menyimpan hasrat tetapi terhalang oleh giliran kuota,

📌 Jika anda tidak mahu lagi ditipu oleh agen palsu,

📌 Jika anda mahu satu proses yang sah, tertib dan bertanggungjawab,

Sertailah kami. Daftarlah di visamujamalah.com. Biar kami bantu.

Penutup

Mujamalah International Sdn Bhd bukan hanya sekadar penyedia servis — kami adalah pemegang amanah. Setiap permohonan yang masuk ke dalam sistem kami dilayan sebagai satu impian suci yang wajib dijaga. Kami tidak menjual harapan palsu. Kami tidak bersembunyi di balik nama syarikat misteri. Kami hadir secara terbuka, jelas dan sedia berkhidmat.

InsyaAllah, jika Allah izinkan, anda akan menjadi tetamu-Nya – dan kami akan menjadi sebahagian dari perjalanan itu.


“Dan serulah umat manusia untuk mengerjakan ibadah Haji…”
(Surah Al-Hajj, ayat 27)

Daftar sekarang!

Dengan deposit serendah RM 2000 sahaja untuk lock kuota untuk menunaikan haji pada tahun ini!

Soalan Yang Biasa Ditanya

Apakah itu Visa Mujamalah?

Visa Mujamalah adalah visa disediakan oleh kerajaan Arab Saudi kepada individu terpilih melalui hubungan diplomatik atau negara tertentu yang tidak mempunyai badan pengurusan haji rasmi kerajaan seperti Tabung Haji(Malaysia) dan Kemenhaj(indonesia). Ia bukan visa biasa. Ia visa khusus untuk jualan pasaran untuk negara tertentu sahaja.

Apa itu Pakej Haji Visa Mujamalah?

Pakej ini ialah pakej haji penuh yang sah melalui platform Nusuk, termasuk:

  • Visa Mujamalah rasmi,
  • Pakej penginapan, pengangkutan & khemah Mina/Arafah,
  • Mutawwif & bimbingan ibadah,
  • Kursus pra-haji,
  • Takaful perubatan asas.

Semua ini diuruskan oleh visamujamalah.com secara telus & berdaftar.

Apa beza Pakej Haji Mujamalah dengan Tabung Haji?
  • Tabung Haji/Haji Reguler → kuota negara, perlu tunggu giliran, subsidi kerajaan.
  • Pakej Mujamalah → visa khas + pakej Nusuk rasmi, boleh pergi haji tahun semasa tanpa menunggu kuota.
Jenis haji apakah yang sesuai untuk visa mujamalah ini?

Haji Tamattu’ adalah yang paling disarankan kerana:

  • Prosesnya lebih tersusun untuk jemaah luar negara.
  • Sesuai dengan perjalanan haji melalui pakej Nusuk.
  • Digunapakai oleh hampir semua pakej haji antarabangsa.

Haji Ifrad atau Qiran hanya disarankan bagi mereka yang terus ke Makkah atau atas sebab tertentu.

Adakah visa termasuk dalam pakej?

Ya. Visa Mujamalah sudah termasuk dalam pakej penuh. Anda tidak perlu uruskan sendiri.

Apa kemudahan yang disediakan dalam pakej?

• Visa Mujamalah rasmi

• Penginapan Makkah & Madinah (pilihan 3★, 4★, 5★)

• Khemah rasmi Mina & Arafah (standard / upgrade VIP)

• Pengangkutan bas

• Mutawwif & bimbingan ibadah

• Kursus pra-haji

• Set kelengkapan haji

• Takaful perubatan

Berapakah harga pakej haji yang menggunakan visa mujamalah?

Harga pakej haji yang menggunakan visa mujamalah yang ditawarkan oleh pihak kami bermula dari RM129,900. Ini termasuk semua kos menunaikan haji. Lengkap dari airport ke airport dengan pilihan naik taraf bergantung kepada pilihan.

Berapa lama tempoh perjalanan haji?

Purata 10–25 hari mengikut jenis pakej yang dipilih.

Adakah wang akan dipulangkan sekiranya visa haji tidak keluar?

✅ Ya. Jika visa tidak dikeluarkan, semua wang yang dibayar akan dipulangkan sepenuhnya.


❌ Jika pembeli membatalkan secara sukarela selepas tarikh yang ditetapkan, tiada pemulangan akan dibuat.


❌ Jika pembeli meninggal dunia selepas tarikh yang ditetapkan, wang juga tidak dikembalikan kerana proses telah berjalan.

Untuk maklumat lanjut boleh layari visamujamalah.com/polisi atau perjanjian bertulis yang disediakan

Siapakah yang sesuai ambil pakej ini?

Pakej ini sesuai untuk:

  • Individu yang terlepas kuota Tabung Haji.
  • Ingin menunaikan haji dengan cepat dan secara eksklusif.
  • Mempunyai kemampuan kewangan untuk alternatif swasta.
  • Yang tiada giliran Tabung Haji atau sudah lama menunggu,
  • Yang mencari pakej lengkap, selesa & sah.
Perlukah daftar biometrik dibuat?

Ya. Semua jemaah wajib membuat pengesahan biometrik ketika dimaklumkan kelak.

Apakah syarat kesihatan untuk pergi haji?

• Lengkap vaksin COVID-19,

• Lengkap vaksin meningococcal (ACWY),

• Sihat tubuh badan & mampu melaksanakan ibadah haji.

Bagaimana proses pendaftaran?

1. Layari visamujamalah.com/daftar

2. Pilih pakej yang diinginkan

3. Isi maklumat berkaitan

4. Buat bayaran melalui FPX

Apakah bentuk bimbingan yang disediakan?

• Kursus haji pra-berangkat

• Buku panduan ringkas

• Mutawwif berpengalaman sepanjang ibadah

Bolehkah visa/pakej ini dipindah milik?

Tidak boleh. Ia terikat kepada nama & nombor passport semasa pendaftaran.

Adakah takaful termasuk dalam pakej?

Ya. Semua jemaah dilindungi takaful perubatan asas kerajaan Saudi sepanjang musim haji.

Bilakah tarikh tutup pendaftaran pakej haji Mujamalah?

Pendaftaran biasanya ditutup sekitar awal Rejab, atau lebih awal jika kuota habis. Tempahan awal sangat digalakkan kerana kuota adalah terhad.

Adakah pakej termasuk makan & minum?

Ya. Semua pakej Nusuk termasuk makanan rasmi di khemah Mina/Arafah & hotel. Pilihan menu berbeza ikut pakej hotel.

Adakah perlu bayar dam (korban) dalam pakej?

Ya. Dam wajib (bagi haji Tamattu’) tidak termasuk dalam pakej. Kami akan uruskan bahagian korban atas nama jemaah dengan cas tambahan.

Adakah pakej ini sesuai untuk warga emas?

Sesuai, dengan syarat sihat & mampu bergerak. Kami sediakan kemudahan khas (kerusi roda, bantuan mutawwif) dengan bayaran tambahan.

Apakah syarat kesihatan minimum untuk pergi haji?

• Tiada penyakit kronik yang mengancam nyawa.

• Lengkap vaksin COVID-19 & Meningococcal ACWY.

• Lulus pemeriksaan kesihatan asas di klinik.

Bagaimana cara bayaran pakej dibuat?

Hanya bayaran deposit RM 1000 sahaja yang perlu dibuat. Baki bayaran pakej hanya perlu dilunaskan mengikut kemajuan seperti termaktub di dalam perjanjian.

Siapa yang menguruskan perjalanan semasa di Arab Saudi?

Semua perjalanan diuruskan oleh agensi berlesen Nusuk dengan sokongan mutawwif & pegawai pengiring kami.

Adakah pakej termasuk lawatan ziarah Madinah?

Ya. Semua pakej termasuk lawatan ke Madinah (Masjid Nabawi). Durasi ziarah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Adakah bayaran deposit RM 2000 termasuk bayaran pakej?

Tidak. Deposit ini akan dijadikan bayaran dam untuk jemaah. Sekiranya jemaah tidak dikenakan dam, deposit ini akan dipulangkan semula.

Kenapa pilih visamujamalah.com berbanding ejen lain?

• Visa & pakej sah melalui Nusuk rasmi.

• Bayar mengikut kemajuan.

• Mutawwif berpengalaman dari Malaysia.

• Transparensi penuh – tiada unsur scam, semua disalurkan ikut prosedur sah.